Tips Awet Muda | Xanzwhite Skincare

Tips Awet Muda

5 Faktor Semulajadi untuk Kekal Muda lebih lama

Penuaan ni satu proses wajib yang mesti dilalui semua manusia. Kot ada sesiapa yang masih dalam fantasy land berangan nak jadi elves (dalam cerita lord of the rings) yang memang tak makan tua…Sila kejutkan diri anda dari mimpi indah itu, sebab IA TAKKAN BERLAKU….hahaha…

Semua mengimpikan nak melalui proses ni secara perlahan, tapi kebanyakannya tak berjaya. Ikut kajian, kadar pertumbuhan klinik-klinik kecantikan (aesthetic clinics) di Malaysia meningkat sekurang-kurangnya 7 kali ganda dalam masa 10 tahun lepas. Prosedur kosmetik dah jadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia yang nak mengekalkan keremajaan atau nak tampak lebih menarik.

Dengan tips dan nasihat yang betul, melambatkan proses penuaan sebenarnya lebih mudah dari yang disangkakan…

(tak payah la nak tabur duit percuma kat klinik-klinik atau pusat-pusat kecantikan tu…)

1.Protein

Perasan tak yang kebanyakan wanita lebih cepat tua sebelum umur dari lelaki?

Eh, haahla kan…kalau ternampak couple berusia, isteri biasanya nampak macam dah tua, suami steady lagi..huhuhu

Macam mana nak ubah ni? adalah dengan makan lebih banyak protein. Badan kita tak boleh simpan protein tapi protein diperlukan untuk penghasilan dan fungsi sel. Hari yang kita tak makan protein langsung boleh jadi hari yang kita meningkat tua! bayangkan dah berapa hari dah…hohoho…

Cuba makan 6 kali hidangan kecil daripada 3 kali hidangan yang besar…ikut kajian, makan sikit tapi banyak kali ni bantu badan kita serap lebih nutrisi, kawal berat badan dan kurangkan risiko pedih ulu hati. Malah, ada juga kajian menunjukkan makan 6 hidangan kecil yang sama kalori bantu turunkan berat badan!

2. Asid Lemak PENTING!

Pada setiap hidangan, WAJIB ADA 3 NI…

  • IKAN BERLEMAK contohnya ikan tongkol, salmon, cod fish, makerel, ikan sardin (bukan sardin dalam tin tu tau!) ni semua ikan berlemak yang baik,
  • KEKACANG macam badam DAN
  • BIJIAN termasuk linseeds, flaxseeds atau yang paling senang dapat CHIA SEEDS ni paling favourite sebab kita milduranatural_wholechiaseedboleh tambah je sesudu dalam makanan yang kita makan dan ia tak ubah rasa makanan tu pun! just rasa rangup-rangup biji tu je tapi takde rasa kelat ke payau ke and yet, dia bagi rasa kenyang lebih lama! Bestkan?!.

Yang paling best chia seeds ni bantu mengurangkan selera makan dan melawaskan sistem penghadaman. Ada dijual di cosway, Hero market bahagian pemakanan organic, atau jaya grocer dan seumpama dengannya. Asid lemak ni membantu menghilangkan kesembapan dan menegangkan kulit.

3. GULA!!!

Ni la dalang utama yang buat kita nampak tua…tapi ni la yang paaaling orang suka! kan…kan..kan…ketahui fakta ni:

40% dari kedutan adalah disebabkan oleh GULAAA!!!

Bila kita makan karbohidrat yang diproses, macam roti, pasta dan CHEESECAKES (huhuhu semua ni I suka ok…) ia bertukar jadi gula dengan sangat cepat dalam darah menyebabkan encik pankreas berkerja terlalu keras nak hasilkan insulin dah tak mampu lagi nak cover disebabkan kadar peningkatan gula dalam darah yang terlalu drastik. Akhirnya, darah kita jadi tepu dengan gula…dan bila gula kehilangan tempat nak berpaut, dia pun melekatkan dirinya pada membran sel. Apabila ini berlaku pada molekul kolagen, kolagen tersebut menjadi kaku, keras dan tak dapat bergerak lalu menjadi yang namanya KEDUTAN.

Moral of the story…KATAKAN TIDAK PADA GULA!!!

4. Vitamin D

Satu lagi tips terbaik punya adalah tambahan vitamin D sebagai suplemen akan melambatkan proses penuaan. Antaranya ia bantu penyerapan kalsium dalam tulang buat kita rasa muda lebih lama. Kalau tak dapat cukup vitamin D dalam diet sekalipun cuba untuk lebihkan makan ikan dan minum susu.

5. Gaya hidup sihat

Akhir sekali, tak boleh nak lari jugak dari gaya hidup.

  • Tidur – cuba maksimakan tidur di waktu malam. Semasa tidur malam, badan dapat recharge dan simpan nutrisi yang kita hilang sepanjang hari.
  • Rokok – Sorry to say orang yang merokok akan lebih cepat tua dari yang tak merokok. Mana taknya, elok-elok paru-paru tahan sampai umur 60, umur 40 dah collapse…huhuhu…bak kata ustazku, nak merokok sebanyak mana pun merokok la…10 batang sekali pun boleh, tapi jangan dibakar…hisap aje…hihihihi…jangan mara aa…

So sebenarnya nak awet muda ni takdela susah sangat kan…tak juga mahal sangat…tak perlu pun membazir duit di pusat-pusat kecantikan atau klinik-klinik aesthetic. Just amalkan 5 yang di atas dan ditambah pulak dengan set skincare yang bagus macam Xanzwhite dan Phyto NLC Active cell repair serum. Memang terbaaaiiik!

Dah habis baca, jangan lupa share ok!

You may also like...