Terbaru: 11 Produk Kosmetik dan Pelangsingan Beracun 2016 | Xanzwhite Skincare

Terbaru: 11 Produk Kosmetik dan Pelangsingan Beracun 2016

Laporan akhbar The Brunei Times

Brunei times update

The Brunei Times bertarikh 26 Januari 2016 menyiarkan senarai produk-produk kesihatan dan kosmetik yang dicemari dengan bahan terlarang. Produk-produk tersebut ialah:

  1. Obat Tradisional Super Kecetit Asam Tablet-mengandungi Phenylbutazone
  2. Bodyslim Herbal Capsule-mengandungi sibutramine
  3. 7 Day Slim Capsule-mengandungi-Sibutramine
  4. Dara Anggun Glow Glowing Beauty Skin Night Glowing-mengandungi merkuri
  5. Dara Anggun Glow Glowing Beauty Skin Night Glow mengandungi hydroquinone & tretinoin
  6. Wonder Glow Super Ultra Glowing Cream Version SPF45++ Day cream mengandungi merkuri
  7. Wonder Glow Super Ultra Glowing Cream Version SPF45++ Night cream mengandungi merkuri

Sumber dari Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Brunei –> https://goo.gl/UAnLPG

4 Produk Tersenarai mengandungi Bahan Terlarang, 20 Feb 2016

lovely cream ling zhi cream Dnar cream

  1. Vimax Capsule – mengandungi Sildenafil atau juga dikenali sebagai viagra!
  2. Lovely-Perfect Whitening and Beauty Cream SPF 25 – mengandungi Merkuri/Raksa
  3. Ling Zhi Whitening Cream with Pearl Powder – Mengandungi merkuri
  4. DNARS skincare normal/Jeragat Pencerahan Semulajadi Nar Cream – mengandungi Hidrokuinon dan Tretinoin.

Sumber dari laman web Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam. Picit sini–> http://goo.gl/WCVDqV

Bahaya Hidrokuinon dan Tretinoin

Penggunaan Hidrokuinon tanpa kawalan boleh menyebabkan:

  • Perubahan Warna Kulit
  • Hipersensitiviti
  • Bahagian kulit yang disapu jadi biru-hitam atau gelap
  • Meningkatkan risiko mendapat KANSER KULIT!

Penggunaan Tretinoin pula menyebabkan kulit yang disapu jadi kemerahan, mengelupas dan menyebabkan parut pada kulit.

Kedua-dua bahan terlarang ni tersenarai sebagai racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi merawat penyakit kulit dan campuran kedua-dua bahan ni dalam kosmetik adalah tidak dibenarkan.

PERLU KE ADA MERKURI DALAM KOSMETIK?

Merkuri digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah untuk beri kesan pencerahan segera. Merkuri atau Raksa bertindak mencerah dengan segera dengan memberi kesan pada sel melanocyte dari menghasilkan pigmen melanin yang bagi warna gelap pada kulit, sedangkan pigmen ini masih sangat diperlukan bagi melindungi kulit dari sinar UV Matahari.

Selain raksa, hidrokuinon dan tretinoin juga digunakan dalam produk kosmetik atas tujuan yang sama.

Lagi teruk, penggunaan bahan-bahan ni berulang kali boleh diserap melalui kulit terus ke salur darah dan ia sukar untuk disingkirkan dari badan!

KESAN BURUK PENGGUNAAN MERKURI

Penggunaan Raksa untuk jankamasa yang lama boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf. Ini seterusnya membawa kepada gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin bagi ibu mengandung dan juga otak kanak-kanak

SIMPTOM KERACUNAN MERKURI

Tanda-tanda keracunan termasuklah:

  • gangguan emosi
  • letih
  • hilang ingatan/mudah lupa
  • sakit kepala
  • cepat terasa/ sensitif
  • kurang keyakinan diri
  • kurang selesa semasa bergaul
  • gangguan buah pinggang (membranous nephropathy)
  • badan menggigil
  • kejang otot

Jadi pengguna bijak, saya memilih yang selamat dan halal, anda bagaimana?

Xanzwhite Skincare hasil kajian SIRIM Berhad bukan saja mendapat notifikasi KKM tapi juga diiktiraf Halal JAKIM dan pemenang anugerah BEST HALAL COSMETICS. Xanzwhite diformulasi sekumpulan saintis SIRIM bagi menyediakan alternatif produk yang selamat dan berkesan pada pengguna tanpa perlu menggunakan sebarang bahan terlarang di dalamnya. Pencerahan semulajadi menggunakan bahan aktif semulajadi merupakan satu penemuan terbaik serta mendapat pengiktirafan di peringkat INTERNATIONAL!

Ingin dapatkan produk yang selamat sila tekan sini –> Saya nak skincare Selamat!

You may also like...