Stress! Suami Kutuk Muka banyak Jerawat | Xanzwhite Skincare

Stress! Suami Kutuk Muka banyak Jerawat

“Banyak betul jerawat, tak lalu nak tengok!”

Perkara paling menghiris hati apabila sang suami selalu memuji kecantikan wanita lain dihadapan isteri. Runtuh segala keyakinan diri jika diperlakukan begitu oleh suami sendiri. Makin kuruslah si isteri kerana kenyang makan kutukan suami sampai tak lalu nak makan nasi.

Keyakinan diri wanita yang sudah berkahwin sangat berkait rapat dengan suami. Biar satu dunia mengatakan kita tak cantik, tapi bila suami yang memuji sudah cukup untuk memberi penuh keyakinan dan penghargaan buat diri.

Menghina tak menyelesaikan masalah pun, hanya sebab muka banyak jerawat, daripada menghina baik cari jalan macam mana mengelak bagi yang belum ada dan merawat bagi yang dah ada jerawat.

Apa-apa pun, masalah jerawat memang bukan sesuatu yang asing dan biasanya bermula dari saat seseorang itu baligh. Pada sesetengah orang, jerawat boleh jadi besar dan terbonjol dan sesetengah orang, ia cuma kelihatan seperti bintik merah sahaja.

Jom kita kenali lebih dekat, apa yang menyebabkan jerawat? dan apakah penyebab dan rawatan terbaik untuk jerawat.

Apa Penyebab Jerawat?

Jerawat disebabkan oleh penghasilan sebum yang berlebihan pada kulit. Pada sesetengah orang, kelenjar sebaceousnya sensitif terhadap sesetengah hormon. Minyak yang berlebihan disertai pula dengan sel-sel kulit mati yang membarisi liang pori dan folikel  membentuk blackheads dan whiteheads.

Ini kemudiannya menarik bakteria jerawat yang dikenali sebagai Propionibacterium acnes untuk membahagi dan membiak menyebabkan pula pembentukan inflamasi dan nanah.

10 Tips untuk Elak dan Rawat Jerawat

1. Pastikan kulit sentiasa bersih

  • Sama ada anda ada atau tidak jerawat, penting untuk membasuh muka 2 kali sehari untuk membuang kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati.
  • Basuh secara berlebihan juga tak memberi kesan yang lebih baik malah lebih buruk. Sebaiknya gunakan air suam dan pencuci muka yang sesuai.
  • Penggunaan sabun seperti sabun badan akan lebih menyakitkan dan memudaratkan.
  • Elakkan menggosok muka dengan kain penggosok dengan terlalu kasar.
  • Basuhlah muka secara lembut dengan tangan yang bersih dan kain yang sangat lembut.
  • Bilaslah dengan baik keringkan wajah dengan tuala yang bersih.
  • Pencuci muka Xanzwhite kosmetik merupakan pencuci muka tanpa buih yang sangat lembut pada kulit. Ia membersih muka dengan baik tanpa mengeringkan kulit muka.

  • Ingin mencuba? Dapatkan starter pack mampu milik! picit sini untuk info lanjut –> xanwhite skincare terbaik!

2. Gunakan pelembap muka

  • Kebanyakan produk jerawat mengandungi bahan yang mengeringkan kulit. Jadi, ini boleh dielakkan dengan menggunakan pelembap muka yang tidak mengeringkan kulit dan tanpa pengelupasan.
  • Pelembap muka Xanzwhite skincare dan serum malam NLC mengandungi bahan yang bukan sahaja melembap malah melindungi kulit dibawah sinar matahari (SPF15).
  • Dapatkan penjimatan hebat dengan pakej-pakej mampu milik..

testimoni husna

3. Produk Jerawat di Pasaran

  • Berhati-hati dengan produk jerawat di pasaran kerana kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang agak kuat untuk kulit seperti benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid or lactic acid yang boleh membunuh bakteria tapi pada masa yang sama mengeringkan kulit.
  • Xanzwhite dan NLC Night Repair Serum mengandungi bahan aktif temulawak yang bersifat anti-acne. Ia terbukti secara saintifik dapat merawat jerawat secara semulajadi tanpa perlu pengelupasan dan kesan sampingan.

4. Kurangkan kekerapan menggunakan make up

  • Semasa ada jerawat, elakkan penggunaan foundation, bedak atau blush. Sekiranya anda menggunakan make up, pastikan ia dicuci bersih.
  • Sebaiknya, pilihlah make up tanpa minyak tanpa pewarna dan bahan kimia tambahan.

5. Berhati-hati dengan bahan yang anda guna untuk rambut

  • Elakkan menggunakan pewangi, minyak atau gel pada rambut. Sekiranya terkena pada kulit muka, ia boleh menyumbat liang-liang pori wajah menyebabkan ia tersumbat.

6. Jauhkan tangan anda dari muka

  •  Elakkan menyentuh muka atau mengutil pipi dan dagu menggunakan tangan. Bukan saja anda boleh merebakkan bakteria, anda juga boleh menambah terukkan lagi kulit muka yang memang dah ada inflamasi tu.
  • Memicit jerawat menggunakan jari juga boleh menyebabkan luka dan parut di muka.

7. Kurangkan Pendedahan pada Cahaya Matahari

  • Sinaran ultraviolet dari cahaya matahari boleh meningkatkan lagi inflamasi dan kemerahan. Kurangkan masa terdedah dengan matahari terutama antara pukul 10 pagi hingga 2 petang.
  • Ada jerawat atau tidak, sebaiknya sebelum keluar di bawah panas matahari, sapukan VELVET CC CREAM yang mempunyai SPF15 bagi melindungi kulit.

8. Makanan kulit anda

  • Sesetengah makanan seperti coklat tidak akan menyebabkan jerawat.
  • Walaubagaimana pun, elakkan makanan berminyak dan makanan ringan serta bertukarlah kepada buah-buahan segar dan sayuran di dalam diet harian anda.

9. Senaman setiap hari

  • Senaman ringan setiap hari bagus untuk keseluruhan badan, termasuk kulit.
  • Apabila kita bersenam, elakkan menggunakan peralatan yang bergeser dengan kulit.
  • Mandi sejurus selepas bersenam.

10. Akhir sekali, Relax!

  • Beberapa kajian dapat mengaitkan tahap jerawat dengan tahap stress seseorang. Senaman muka juga boleh mengurangkan tahap stress seseorang.

Stress jadikan Kulit Muka lagi teruk

Stress sebenarnya bukan saja efek kulit malah seluruh sistem imun badan. Sebab tu dalam keadaan stress kita bukan je tambah jerawat yang dah ada malah badan pun selalu je rasa tak sihat. Tapi, mustahil la elak stress 100% kan. Jadi, persoalannya bukan mengelak tapi macam mana nak urus STRESS ni. Sebelum tu meh tengok macam mana stress ni ganggu kulit.

  1. Stress buat badan rembeskan hormon yang buatkan kulit kita lebih sensitif dan reaktif.

Ia juga buat keadaan kulit bermasalah susah nak sembuh!

Perasan tak bila stress, laaagi banyak Jerawat naik?! Sebab badan kita hasilkan hormon stress yang di panggil cortisol. Hormon ni menggalakkan penghasilan sebum menyebabkan lagi banyak jerawat naik.

2. Bukan tu je, masalah kulit yang dah ada boleh jadi lebih teruk! boleh melarat jadi masalah psoriasis, eczema atau sakit kulit yang lainnya.

3. Stress pun boleh ganggu proses penjagaan kulit. Boleh jadi seseorang tu mengabaikan penjagaan kecantikan dan penampilan diri yang boleh membawa pula kepada kehilangan keyakinan diri dan akhirnya menambah lagi stress kepada masalah yang dah ada.

Whatsapp segera ke +6010-8121725

You may also like...