Soalan Lazim | Xanzwhite Skincare

Soalan Lazim

1. Boleh tak produk ni merawat masalah jeragat?

IMG-20160302-WA0030 - Copy

Jawapan : Boleh puan, produk ni merawat masalah jeragat secara semulajadi di mana bahan aktif semulajadi temulawak terbukti secara saintifik boleh merencat aktiviti enzim tyrosinase yang bertanggungjawab membantu penghasilan pigmen melanin yang menyebabkan jeragat.

Gambar di atas adalah antara testimoni terbaik. Kak eita, berumur 47 tahun dari Kuala Lumpur. Dah berhabis RM15,000.00 di pusat rawatan kecantikan tapi jeragat yang berusia 8 tahun, masih tak hilang. Jeragat kini hanya tinggal 10% selepas 3 bulan menggunakan xanzwhite dan nlc Serum.

untuk lebih testimoni boleh klik di link ni —> goo.gl/94QSiy

2. Saya dah berumur, lebih 50 tahun..bolehkah produk ini membantu?

Jawapan : Boleh dan sebaiknya guna set termasuk serum kerana bagi yang berumur lebih 30 tahun dan masalah jeragat, penggunaan serum lebih memberi efek yang terbaik kerana kandungan bahan aktif yang lebih tinggi dan formulasi nano yang lebih halus membantu rawatan lebih efektif.

3. Kalau macam tu boleh ke berkesan kalau hanya guna set xanzwhite saja?

IMG-20160308-WA0003

Jawapan : Boleh juga, cuma kesannya mungkin sedikit lambat. Itu pun bergantung jenis kulit dan umur juga kerana fisiologi kulit manusia berbeza-beza. Ada yang cepat ada yang lambat. Seperti contoh testimoni kak eita, jeragatnya dah 8 tahun, berkurangan dalam masa 3 bulan penggunaan, Alhamdulillah. Yang penting cara selamat dan semulajadi tanpa kesan sampingan.

4. Berapa lama masa yang diambil untuk menunjukkan kesan?

Jawapan : Mengikut ujian klinikal yang dibuat dimakmal Sirim Berhad, kesan akan nampak minima seawal 4 ke 8 minggu. Ini juga bergantung beberapa faktor lain termasuk jenis kulit, berapa lama mengalami masalah..dan umur juga.

logiknya kitaran perubahan sel kulit bertukar minima setiap 28 ke 35 hari dan jangkamasa ini meningkat lebih lama seiring peningkatan umur. Formulasi xanzwhite dan NLC serum merawat secara semulajadi tanpa pengelupasan dan kesan sampingan, jadi meskipun mengambil masa sedikit lama, yang penting ia selamat dan berkesan.

5. Boleh guna waktu solat?

Jawapan : Boleh, sebab produk ni dijamin halal oleh pihak JAKIM sendiri malah menang best halal kosmetik. Selain kajian saintifik yang terperinci, ini juga antara keistimewaan produk xanzwhite dan serum nlc berbanding produk lain dipasaran.

IMG-20160229-WA0022

6. Ada notifikasi KKM?

Jawapan : Ada. IMG-20160302-WA0019

7. Ada efek pengelupasan tak?

Jawapan : Tidak ada. Kajian saintifik yang dibuat oleh Dr. Zanariah dan research team xanzwhite yang lain membuktikan bahan aktif semulajadi bertindak merawat juga secara semulajadi tanpa merosakkan sebarang struktur kulit.

8. Boleh guna semasa buat umrah tak?

Jawapan : Tak boleh guna waktu dalam ihram sahaja. Sebab dalam produk ada sedikit wangian untuk menutup bau ekstrak semulajadi yang digunakan iaitu temulawak. Selain waktu ihram, produk bebas di gunakan pada bila-bila masa sesuai dengan panduan dan cara yang di beri.

9. Ada pemantauan tak daripada agen atau stokis?

Jawapan : setiap stokis atau agen yang menjual akan memantau perkembangan setiap pelanggan. Walaubagaimana pun mohon juga timbang rasa para pelanggan untuk merujuk kembali andai ada sebarang kemusylikan kepada stokis atau agen yang menjual produk masing-masing kerana yang pasti setiap stokis atau agen mempunyai ramai pelanggan dan mungkin terlepas pandang atau tak dapat follow-up setiap seorang. Kerjasama pelanggan amatlah dihargai.

Untuk mendapatkan pakej-pakej menarik, sila picit link ni —> pakej mampu milik