Mintak 20 minit, Nak bagi Hilang Kedut FREE | Xanzwhite Skincare

Mintak 20 minit, Nak bagi Hilang Kedut FREE

Dahlah Duit Hutang, Kena Tipu Pulak tu!

Dek kerana terlalu obses dengan kecantikan, ada yang sampai sanggup berhutang sebab nak beli produk-produk yang ada dipasaran atau mengunjungi pusat-pusat rawatan kecantikan wajah. Mana tidaknya, kos rawatan wajah ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit!.

Dahlah berhutang, hasilnya tak pula seperti yang diharapkan. Dari kulit licin gebu, menjadi teruk dan memerlukan biaya yang jauh lebih besar untuk dibetulkan. Bertambah lagi hutang.

Ni ada tips nak hilangkan kedut dengan cara semulajadi. FREE OF CHARGE, tapi yang bestnya kesan dia sama macam botox atau rawatan-rawatan wajah yang beribu-ribu tu.

’20 Minit’ sahaja yoga muka untuk Hilangkan Garis Halus. Bukan badan je yang boleh yoga, muka pun ada tau. Yang best ialah ia boleh jadi alternatif untuk botox atau pembedahan kosmetik yang lain. Saaangat cost-effective kaan. Jom try rutin 20-minit je sehari, 6 x dalam seminggu.

Macam tak percaya je kan? Meh nak share macam mana ia bagi kesan… 

Senaman yoga muka ni menggerakkan lapisan kulit dari yang paling dalam sampai ke paling luar iaitu hypodermis-dermis-epidermis.

Pergerakan setiap lapisan kulit kita dengan baik membantu meningkatkan pengaliran darah, membolehkan lebih oksigen dan lebih nutrisi untuk sampai ke sel-sel kulit.

HASILNYA…wajah yang segar bersinar, berseri yang kurang toxin dan lebih berkeupayaan untuk menyerap lembapan. Hasil penggunaan produk seperti Xanzwhite kosmetik akan lebih efektif kerana kulit dapat menyerap bahan aktif temulawak dari formulasi produk dengan jauh lebih baik.

Senaman ni juga dapat merangsang penghasilan kolagen dan elastin di bahagian lapisan tengah kulit menghasilkan kulit yang lebih halus dan anjal. 20 minit sehari, 6 kali seminggu mungkin nampak banyak, tetapi menurut pakar yoga muka Danielle Collins, ini akan memberi kesan yang lebih cepat.

Secara umumnya,

2 minggu : anda akan nampak perubahan dia muka dan leher.

2-4 bulan : anda akan mula perasan pengurangan garis halus, garis tension, dan orang akan mula perasan muka anda tampak lebih sihat, segar dan bertenaga.

6-9 bulan : Kebanyakan pengamal senaman ini mengatakan mereka kelihatan jauh lebih muda dan merasa lebih tenang.

Jadi, sambil ber ‘Xanzwhite’ sambil ber ‘Yoga’, efek dia sure mantap punya!.

Whatsapp ke +6010-8121725

5 Langkah senaman yoga muka :

PhotoGrid_1452843839135

  1. The ‘V’

Bagus untuk mata kuyu, eye bag dan wajah sembap.’

Langkah 1: Tekan jari tengah di bahagian tengah kening, kemudian menggunakan jari telunjuk tekan bahagian tepi kening.

Langkah 2: Pandang ke ceiling dan angkat kelopak mata bahagian bawah ke arah atas (macam nak tutup mata tu…tapi pandang ke atas).

Langkah 3: Ulang sebanyak 6 kali dan akhiri dengan pejam mata kuat-kuat selama 10 saat.

  1. Senyuman menawan

Bagus untuk kedutan di pipi dan kulit kendur.

Langkah 1: Buat bentuk ‘O’ guna bibir dengan menyembunyikan barisan gigi dengan bibir.

Langkah 2: Senyum selebar yang boleh sementara tetap menyembunyikan barisan gigi anda dan ulang sebanyak 6 kali.

Langkah 3: Kemudian, kekalkan keadaan senyum sambil meletakkan jari telunjuk di dagu dan mula gerakkan rahang ke atas dan bawah sambil kepala bergerak perlahan ke belakang. Relax dan ulangi 2 kali lagi.

  1. Kening anggun

Bagus untuk garisan halus di dahi.

Langkah 1: Letakkan kedua-dua tangan di muka seperti dalam gambar.

Langkah 2: Secara lembut, gerakkan jari kearah luar menarik sedikit kulit di dahi.

Langkah 3: Rehat dan ulangi sebanyak 10 kali.

  1. Mata menggoda

Bagus untuk mata ke dalam dan kening yang kendur.

Langkah 1: Letakkan jari telunjuk di bawah mata mengarah ke mata.

Langkah 2: sembunyikan barisan gigi bawah dan nampakkan barisan gigi atas serta jauhkan bibir atas dan bawah sejauh yang boleh.

Langkah 3: kerdipkan kelopak mata atas sementara melihat ke arah ceiling selama 30 saat.

  1. Leher Jinjang

Bagus untuk garisan dan kulit kendur di bahagian leher.

Langkah 1: Pandang terus ke depan dan letakkan jari-jemari anda di bahagian bawah leher dan secara perlahan tarik kulit di dada ke bawah sambil kepala mendongak ke belakang.

Langkah 2: Turunkan kembali kepala ke depan dan ulangi langkah 1 sebanyak 2 kali lagi.

Langkah 3: Akhir sekali juihkan bibir bawah keluar dan sejauh yang mungkin untuk menarik pinggir bibir ke bawah dan letakkan jari-jemari di tulang leher dengan dagu menunjuk ke atas. Bertahan dengan posisi ini sebanyak 4 kali deep breaths.

Sumber : Natural Health, December 2015.

Xanzwhite skincare juga diformulasi berasaskan bahan semulajadi iaitu temulawak, tumbuhan dari spesis halia. Temulawak ini telah terbukti secara saintifik dikenalpasti sebagai pencerah semulajadi, anti-jerawat atau anti-acne semulajadi dan mengandungi antioksidan yang boleh melindungi dari radikal bebas yang boleh menyebabkkan penyakit kanser kulit.

Produk hasil kajian SIRIM Berhad

Produk hasil kajian SIRIM Berhad

Whatsapp segera ke +6010-8121725

You may also like...