Kolagen Semulajadi | Xanzwhite Skincare

Kolagen Semulajadi

Kolagen D.I.Y

Perubahan cuaca mendadak kat Malaysia ni buat ramai orang sakit kan…ni kita orang tua, eh..bukan tua..dewasa..dah cam ni, inikan pulak anak-anak kecil kita kan…untuk ni, aini nak share menu yang ramai orang tau, tapi mungkin tak tau kekayaan khasiatnya.

SUP TULANG….atau BONE BROTH

Ni bukan sup tulang biasa yang makan kat kedai tu atau masak dengan pressure cooker kat rumah tu tau..

Perasan tak mat salleh suka makan roasted chicken kat rumah kan…kadang sekor ayam tu, makan 3-4 orang je… tak habis pun…haaa…lebih tu diorang tak buang tau! diorang reneh buat bone broth ni la..

Ianya adalah rebusan tulang-tulang ayam atau daging yang masih ada sisa-sisa isi yang terlekat yang direneh selama minimum 4 jam, boleh buat 24 jam atau lebih..ada yang buat sampai 48 jam.

APA KHASIATNYA…?

Sup ni sangat-sangat KAYA DENGAN PROTEIN dan MINERAL yang penting dalam badan. Contohnya:

Glycine penting untuk detox dan penghasilan haemoglobin (sel darah merah). Glycine jugak bantu penghadaman dan penghasilan jus gastrik kat perut.

Proline pulak gabung dengan vitamin C bagus untuk KULIT!

Yang bagusnya bone broth ni bukan saja kaya mineral penting, tapi mineral penting dalam bentuk yang MUDAH DISERAP OLEH BADAN…

Mengikut kajian, sup ni dikatakan boleh boost sistem imun badan serta boleh membantu masalah alergi, asma dan artritis.

Sup ni jugak KAYA DENGAN GELATIN dan KOLAGEN yang juga bagus untuk KECANTIKAN KULIT and its NATURAL KOLAGEN tau bukan sintetik atau diproses! TAK PERLU SUNTIKAN!!! just enjoy a hot delicious soup!

Kecantikan bukan setakat penjagaan luaran guna produk skincare atau senaman tertentu je, tapi penjagaan dalaman pun perlu dijaga melalui pemakanan yang baik.

Selain tu, bone broth ni bagus jugak untuk penghadaman dan untuk bantu anak-anak with special needs macam ADD/ADHD, Autism, dyslexia dan lain-lain.

Terfikir tak kenapa bagus makan sup waktu-waktu selsema, batuk kan…ada keterangan sains disebaliknya!

Nak tau resipi dan cara mudah buat sup berkhasiat ni??? BACA SAMPAI HABIS..

banyaaaak sangat kegunaan, boleh simpan dalam botol2 macam dalam gambar tu dan simpan dalam freezer, lepas tu boleh guna untuk masak macam-macam:

  • Instant sup, Tumis rempah 4 beradik dan hirisan bawang, masukkan balik bone broth beku pun takpe dan masukkan ayam, daging atau tulang adjust garam. SIAP! xpayah guna kiub atau perasa tiruan…
  • kari ke…
  • kurma ke…boleh je campur, dia akan enhance rasa lauk tu..
  • kalau nak menu western..sedap buat mushroom soup ke..
  • gravy mash potato…sedap dan sihat!

Dah bebel panjang pasal khasiat segala bagai, meh nak share cara mudah nak buat BONE BROTH!

BONEBROTH FOR FAMILY

Ramai kat luar sana yang dah ada periuk noxxa kan? kalau takde pun slow cooker pun boleh membantu…

kalau takde jugak…boleh masak atas dapur on slow fire tapi PASTIKAN TAK TERLUPA TAMBAH AIR, sebab nak rebus lama air dia akan kering dan selalu kena tambah takut terlupa lalu hangit! (cam dah biasa kena je kan…hihihi…memang pun)

Bahan-bahannya (macam dalam gambar)
? Tulang ayam atau lembu atau kaki ayam atau tulang ikan pun boleh (dibersihkan)
? Bawang holland (belah 4)
? Bawang putih (tak payah potong pun takpe, masuk je sebiji2)
? batang cellery (potong kasar)
? lobak merah (potong kasar juga)
? Daun sup
? sikit bay leaves atau parsley (tak letak pun takpe, sedap juge)
? Sedikit perahan lemon atau Cuka epal/ Apple cider vinegar (NI MESTI ADA SEBAB, Bahan berasid ni akan bantu ekstrak mineral dari tulang masuk dalam sup.
? sedikit garam dan serbuk lada

Cara membuatnya (SENANG SANGAT…hahaha)
? Campur semua bahan dalam periuk noxxa, slow cooker atau periuk yang nak diletakkan atas dapur.
? tambah air (Biar terendam selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk membolehkan khasiatnya masuk dalam sup sebelum dimasak)
?untuk periuk noxxa boleh set masa slow cooking maximum 9 jam..(jadi kalau aini start malam set 9jam, sebelum keluar keje set lagi 9 jam, dah balik pun set lagi..cukupkan 24 jam, kalau malas lepas 18 jam tu aini stop kan aje…ok gak..)
?slow cooker pun sama la
? periuk biasa reneh la atas api yang sangat kecil tapi ingat selalu-selalu jenguk, nampak air dah kurang tambah

Tapiskan dan masukkan dalam bekas yang bersesuaian…SIAAAP!!!

bone broth sharing isi tu boleh buangje la sebab dah takde khasiat dah pun..kalau makan pun takde rasa…

boleh simpan sikit dalam peti sejuk biasa untuk kegunaan harian, selebihnya simpan dalam freezer -20℃, bila nak guna esoknya, malam tu tukar masuk peti sejuk biasa..

NOTA PENTING: jangan terkejut tengok sup tu macam jelly bila keluarkan dari peti sejuk..BUKAN BASI TAU! dia memang macam tu sebab sangat tinggi kandungan GELATIN DAN KOLAGEN dalam sup tu…bila panaskan ia akan cair cam biasa.

Sekian..jangan lupa share k…

You may also like...