“Hampeh punya Penjual Xanzwhite!” | Xanzwhite Skincare

“Hampeh punya Penjual Xanzwhite!”

Helah Penjual Kosmetik

Mungkin inilah kecaman yang bakal saya terima untuk posting saya yang satu ni. Takpelah, saya sekadar merasa bertanggungjawab memberi pendedahan pada semua tentang apa yang betul dan tidak tentang produk kecantikan supaya tiada lagi yang tertipu. Pastikan baca dengan teliti apa yang ingin saya sampaikan supaya anda tidak menjadi mangsa produk-produk kosmetik hodoh diluar sana.

Hilangkan Jerawat dengan xanzwhite skincare

Jaminan kebanyakan peniaga produk skincare.

Semua Janji yang Sama, Mana nak Tau yang Mana Bagus?

Semua orang menginginkan wajah yang cantik, gebu dan cerah dan atas sebab ini jugalah lambakan produk kecantikan semakin menjadi-jadi. Sudahnya, sampai tak tau mana satu nak pilih sebab terlalu banyak dan semuanya menggunakan selling point yang sama. Produk semulajadi, selamat berkesan dan halal, lulus KKM.

3 Tips Mudah Memilih Produk Kecantikan

Produk semulajadi

Jangan mudah percaya dengan ayat promosi 100% semulajadi kerana kebanyakan produk hanya dibuat BERASASKAN bahan semulajadi di mana bahan aktif yang bertindak merawat kulit adalah dari bahan semulajadi. Sesuatu produk dikatakan 100% semulajadi hanya sekiranya ia produk organik dan biasanya produk organik lebih baik jika diiktiraf certified organik oleh badan bertauliah.

Ini menunjukkan setiap dari pemprosesan formulasinya, dari ekstrak hinggalah ke final product adalah 100% tiada menggunakan bahan kimia langsung. Ini biasanya sukar, ada pun ianya mahal kerana setiap batch tidak boleh dibuat secara high capacity kerana ketahanannya tak panjang sebab tiada bahan pengawet.

Xanzwhite kosmetik dibuat berasaskan bahan semulajadi temulawak dan bahan kimia yang digunakan adalah yang dibenarkan dan kandungannya selain diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setiap kandungan bahan kimia yang digunakan juga telah diuji keselamatan penggunaannya dan pemprosesannya dipantau, diselenggara serta dikawal selia dengan sangat baik oleh pihak SIRIM Berhad.

Di kilang berstatus GMP (Good Manufacturing Product), pengekstrakan temulawak di lakukan menggunakan kaedah mesra alam yang terbukti sangat efektif dan selamat iaitu supercritical fluid extraction method. Ekstrak ini kemudiannya diproses dalam formulasi produk Xanzwhite dan NLC night repair serum.

Jaminan produk

sekiranya produk ada memberi jaminan putih atau cantik dalam masa yang singkat, anda tak perlu fikir panjang. Batalkan sahaja niat nak beli produk tersebut. Sebabnya, secara logiknya sel kulit bertukar minimum dalam masa 28 hari (tempoh ni juga bergantung umur, makin tua makin lama). Jadi, mana mungkin kulit muka berubah lebih cepat dari itu kan.

Xanzwhite kosmetik bukan sahaja diiktiraf mendapat kelulusan KKM, halal JAKIM malah memenangi BEST HALAL COSMETIC serta memenangi anugerah INTERNATIONAL.

Kredibiliti produk

periksa kredibiliti produk tersebut. Latar belakangnya ada tak apa-apa yang selain dari selling point yang biasa digunakan yang ada pada produk tersebut. Selain kelulusan dari KKM, ada tak badan lain yang mengiktiraf produk tersebut.

Sebab ni saya memilih produk Xanzwhite kosmetik, selain jaminan produk yang realistik dan masuk akal. Kredibilitinya juga tidak boleh dipertikai. Di antaranya ialah KAJIAN PENYELIDIKAN DI MAKMAL oleh SIRIM Berhad.

Penting sangat ke kajian tu?

Dah tentu PENTING…setiap produk formulasi penjagaan kulit mesti ada kajian keselamatan dan keberkesanannya bagi memastikan ia tidak bersifat toksik bagi kulit atau tubuh badan sama ada jangka pendek mahu pun jangka panjang.

Ini juga bagi memastikan, MEKANISMA bahan aktif dari ekstrak semulajadi tersebut bertindak secara selamat dan semulajadi yang tidak akan memudaratkan pengguna.

UJIAN KLINIKAL (Ujian pada sukarelawan) juga penting bagi memastikan pengguna sukarela yang menggunakan produk tidak mengalami sebarang tindak balas negatif terhadap produk. Ini menunjukkan kredibiliti produk yang layak mendapat kepercayaan pengguna serta penting bagi pengguna untuk tahu apa yang disapukan pada kulitnya.

Whatsapp segera ke +6010-8121725

Produk Makan vs. Sapu, Mana Lagi Bahaya?

Kebanyakan orang terlepas pandang dan salah faham. Mereka lebih menjaga pemakanan tanpa menghiraukan produk penjagaan kulit yang baik dan selamat saja. PERSOALANNYA, SELAMAT KE?

Tahukah anda, apa yang kita sapu pada kulit jauh lebih penting kerana ia memberi efek yang lebih besar berbanding produk yang kita makan.

SAPU VS MAKAN

Rujuk gambar di atas,

Bagi produk yang di makan, molekul-molekulnya akan di pecahkan dan diuraikan oleh asid perut beserta dengan enzim-enzim penting dalam proses pencernaan.

Manakala bagi produk yang di sapu, dengan bahan kimia yang disertakan dalam formulasi produk, ia berpotensi untuk menembusi lapisan kulit trus ke dalam salur darah anda. Bahayanya ialah di dalam salur darah tidak ada sebarang enzim yang diperlukan untuk mengurai bahan-bahan kimia yang telah termasuk ke dalamnya lalu ia pun terkumpul semakin banyak seiring kekerapan anda menggunakan produk tersebut. Ini mengakibatkan kesan jangka panjang yang bakal memudaratkan kesihatan pengguna.

Kesihatan disini termasuklah kerosakan organ dalaman, kerana sesetengah bahan kimia, apabila terkumpul banyak didalam badan boleh menyebabkan kerosakan hati kerana memberi beban pada hati untuk membuang sisa toksik dari bahan kimia tersebut. Sesetengahnya juga boleh menyebabkan penyakit kanser, ketidaksuburan dan ketidakstabilan hormon.

Oleh sebab ini, SANGAT PENTING bagi kita untuk mengetahui tentang tindak balas produk yang kita gunakan terhadap kulit dan mekanismanya dalam bertindak sebagai pelembap, pencerah serta perlindungan.

PENJAGAAN KULIT menggunakan produk kecantikan tidak menjadi masalah sekiranya anda membuat pilihan yang betul dalam pemilihan produk. Pilihlah secara bijak bagi mengelakkan kesakitan di masa hadapan. Selain itu, cara penggunaan yang betul juga adalah penting.

1 set Produk Xanzwhite Skincare mengandungi:

  1. Clarifying Cleanser
  2. Refreshing lotion (toner)
  3. Lightening Fluid SPF15 (Day cream)
  4. Multiaction Cream (Night cream)

Sesetengah pengguna, mengamalkan penggunaan pencuci tanpa dilengkapi toner. Ini adalah salah kerana sewaktu membersih menggunakan cleanser, pori-pori wajah akan terbuka untuk mengeluarkan kotoran dan dibersihkan dari wajah. Toner kemudiannya diperlukan bagi menutupi semula pori-pori diwajah bagi mengelakkan kotoran lain masuk dan menyumbatkan lagi liang-liang tersebut.

Untuk hasil yang benar-benar efektif, anda perlu menggunakan produk dengan langkah dan cara yang betul.

whatsapp ke +6010-8121725

You may also like...