Cerita Kedai Kopi | Xanzwhite Skincare

Cerita Kedai Kopi

Setiap hari berbilion orang bergantung kepada kopi nak bagi celik mata segar lepas bangun pagi. Hakikatnya bahan yang bagi celik mata tu bukan kopi tapi kafein. Kafein ni la bahan perangsang no.1 paling banyak digunakan di dunia dan biasa dikaitkan dengan efek negative pada tidur dan kebimbangan.

Apa itu Kafein?

Kafein ialah perangsang semulajadi yang biasa ditemui di dalam teh, kopi dan pokok koko. Ia bertindak dengan merangsang otak dan sistem saraf tunjang membantu kita untuk sentiasa alert dan mengelakkan keletihan.

Bagaimana Ia Bekerja?

Sebaik saja seseorang mengambil kafein, ia akan terus di serap dari sistem penghadaman ke dalam darah. Dari sini, ia akan bergerak terus ke hati untuk diuraikan kepada bahan-bahan yang boleh memberi efek pada organ lain. Walaubagaimana pun, tindakbalas utama kafein adalalah di bahagian otak manusia. Ia berfungsi dengan merencat aktiviti enzim adenosine yang merupakan neurotransmitter yang bertanggungjawab terhadap merehatkan otak dan membuat kita rasa penat (1)

Minuman apa yang biasanya ada Kafein?

Kafein biasanya ada dalam bijih, kekacang atau daun sesuatu tumbuhan. Sumber semulajadi ini akan kemudiannya diproses menjadi makanan dan minuman berkafein. Berikut ni senarai makanan dan minuman yang mengandungi kafein yang popular di kalangan rakyat Malaysia :

Jenis Makanan & Minuman Kandungan Kafein (mg) Dos
Kopi Tapis/Saring 100 – 150 satu  cawan
Kopi Segera 50 – 70 satu  cawan
Teh 30 – 90 satu  cawan
Teh Uncang 65 satu  cawan
Kopi Nyah Kafein 1 – 6 satu  cawan
Minuman Kola 72 360g
Soda Oren Sunkist 42 360g
Minuman Coklat Panas 5 satu  cawan
Kek Coklat 20 – 30 satu  potong
Ubat-ubatan
Ubat Migrain 100 mg/dos
Analgesik 15 – 40 mg/dos
Batuk/Selsema 15 – 125 mg/dos

Keselamatan dan Kesan Sampingan

Ada orang cerita buruk kafein dalam kopi…ada yang cerita baik pulak…haish, mana satu ni kan…So kat sini kita cerita dua-dua…hahaha

Secara umumnya pengambilan kafein boleh dikatakan selamat.

Yang bagusnya kafein ni buat kita jadi fokus, alert dan segar ketika bekerja. Tapi walau apa pun kena bersederhana kan…tak boleh terlalu banyak.

Sungguh pun begitu, penting untuk semua orang tau yang kafein boleh membawa kepada ketagihan dan genetik seseorang boleh membuatkan dia lebih sensitif terhadapnya.

Apa-apa pun boleh jadi baik pada kadar sederhana. Terlalu banyak kafein juga boleh menyebabkan kegusaran, tak senang duduklah senang cerita, degup jantung yang laju dan susah tidur.

Ada juga yang menyebabkan sakit kepala, migrain dan tekanan darah tinggi.

Selain tu, kafein ni termasuk dalam kategori bahan yang bersifat diuretik. Bahasa mudahnya kafein ni buat kita banyak buang air kecil..so kita kehilangan banyak air. KEKURANGAN AIR PUN SATU FAKTOR KULIT KUSAM. Sebabnya sel-sel tak cukup penghidratan menyebabkan ia tidak berfungsi secara optimum dan memberikan efek tona tak sekata di permukaannya.

FAKTA SAANGAT PENTING UNTUK IBU MENGANDUNG…kafein berupaya melalui placenta (saintifik sangaaat..hahaha) atau uri ibu dengan mudahnya yang mana dengan itu pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan risiko keguguran atau bayi tak cukup berat semasa lahir. Moral of the story..ibu mengandung elakkan kalau tak boleh sangat kurangkanlah.

PENTING juga untuk tau yang kafein boleh interact dengan ubat-ubatan. Sesiapa yang ada ambil muscle relexant Zanaflex atau antidepresi Luvox patut elakkan pengambilan kafein sama sekali sebab kafein boleh meningkatkan efek ubat tersebut. Seolah-olah overdose pulak nanti.

You may also like...