AIR DETOX LEMON | Xanzwhite Skincare

AIR DETOX LEMON

Apa itu DETOX?

Orang semua tau detox ni satu proses menyahtoksikkan badan dari segala bahan kimia yang masuk ke badan melalui produk-produk harian yang kita guna ataupun yang kita makan. Persoalannya, perlu ke detoks ni dan penting saaangat ke? Haish leceh betulla..nak kena detoks la bagai pulak…

ANALOGINYA SIMPLE…bayangkan kereta yang dah lama gila tak servis dan overhaul, macam manala agaknya prestasi kereta tu…si pemandu akan mula berdepan masalah bunyi-bunyi pelik, pemanduan tak lancar dan smoooth macam biasa…silap-silap mati enjin tepi highway. Dah, terpaksalah berpanas, berhujan menunggu kawan datang atau pomen ke kaan….

Macam tu jugakla badan kita ni kakak-kakak ku sayang…banyak sangat saluran tersumbat..toksik jangan cakapla, segala macam produk selagi ada nak cuba, asal nampak putih je nak pakai, nak try, tak kira la ada hidrokuinon ke merkuri ke…hentam sajela….”nak cantik, kenala sakit sikitkaan…”. Amboooi…tu ayat tak sayang diri tu..cantiknya sekejap aje, merananya yang lame…Sebab toksik-toksik ni dah terlalu lama terkumpul dalam badan dan akibatnya:

  • Badan cepat letih sebab tak dapat berfungsi secara optimum..
  • Masalah bau badan yang berlebihan...
  • Masalah berat badan yang susah nak turun...
  • Nafas Berbau
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Reaksi kulit...gatal-gatal..

Semua yang dalam senarai ni akan berlarutan dan membawa pulak penyakit-penyakit lain….So jom, detox! Ni, aini share cara mudah untuk detoks!

Cara Mudah DETOX…

Biasanya sekarang trending orang buat infuse water untuk detox. Buah yang biasa digunakan ialah buah lemon. Kenapa lemon? sebabnya lemon ni memang terkenal dengan kandungan d-limonene yang berupaya mengaktifkan enzim-enzim yang berfungsi MENYAHTOKSINKAN HATI serta MELARUTKAN LEMAK dan KOLESTEROL dalam badan.

Soalnya, buah lemon yang kita guna sekarang ni dari mana? LUAR NEGARA…sementara nak sampai sini, apa yang diorang buat? SEMBUR BAHAN KIMIA…jadi bila rendam dapat buang toksik ke tambah toksik? yang ni boleh jawab sendiri kan…hihihi..

Aini tak kata cara tu salah, cara tu betul kalau pastikan cuci buah lemon tu dengan sabun basuh sayur atau vegetable wash untuk buang bahan-bahan kimia dari permukaan kulit buah tu.

ATAUPUN…

Aini nak share cara laagi senang…iaitu dengan menggunakan LEMON ESSENTIAL OIL dari Young Living. Ape kebenda la pulak ni kan? lemon

Pati Minyak 100% ASLI daripada kulit buah lemon. Ia laagi bagus sebab:

  • Confirm 100% organik dan selamat sebab memang dijamin takde campuran bahan lain dan ditanam pun tanpa baja kimia semua.
  • 15ml lemon essential oil dibuat dari 100% KULIT dari 75 biji LEMON, kandungan d-limonene memang paaling tinggi pun pada kulit lemon.
  • SENANG sangat nak prepare, sebab tak payah nak hiris buah, titikkan je dalam air, goncang dan minum. Rasa sama je macam infuse water yang buat guna lemon biasa tu sebab memang 100% asli kan..
  • MURAH...Sebab sebotol 15ml ada 250 titik yang dibuat daripada 75 biji lemon, hanya RM51 je...minimum 5 titik sehari pun ok..so tahan lebih dari sebulan!

6 Fakta Kebaikan LEMON (Berdasarkan kajian saintifik)

1.Sumber VITAMIN C

Sebiji lemon boleh bagi dalam 30.7mg Vitamin C iaitu 51% daripada keperluan vitamin C harian kita. Kajian menunjukkan yang memakan makanan yang kaya vitamin C boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular termasuklah sakit jantung dan angin ahmar atau strok (1).

Bukan je vitamin C tu je yang mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, malah fiber dan komponen kandungan buah tu sendiri turut menyumbang juga kepada penurunan risiko sakit jantung (2).

Sebagai contoh, kajian menunjukkan yang memakan buah-buah citrus seperti lemon, oren, grapefruit atau yang seumpama dengannya dapat mengurangkan kolesterol dalam masa 4 minggu (3).

Bahan kimia dalam lemon yang namanya hesperidin dan diosmin juga didapati dapat mengurangkan kolesterol (4).

2. Bantu kurangkan Berat badan.

Lemon biasa dikaitkan dengan penurunan berat badan..meh nak citer sebabnya…Teori mudahnya ialah fiber pectin mudah larut dari lemon ni akan mengembang dalam perut memberi kita rasa kenyang lebih lama. Tapi ada juga yang kata mana ada orang makan sebiji lemon habis, kan masam dan jus lemon tu saja takde fiber pectin.

Jadi teori lain mengatakan, bahan dari ekstrak lemon itu sendiri membantu mengurangkan kenaikan berat badan (5). Satu kajian menunjukkan mencit yang diberi makanan berlemak dan diberikan polyphenols yang diekstrak dari kulit lemon, kurang mengalami kenaikan berat badan dari tikus lain (6).

3. Mengelakkan batu karang

Batu karang adalah ketulan yang terbentuk daripada bahan kumuh yang terkumpul dalam buah pinggang dan mengalamai crystallization dan membesar. Ia fenomena yang biasa berlaku, dan orang yang pernah mengalaminya biasanya akan mengalaminya lagi.

So, macam mana lemon ni membantu? kandungan asid strik membantu mengelakkan batu karang dengan meningkatkan kandungan air kencing dan meningkatkan pH air kencing menjadikan condition yang tak sesuai untuk pertumbuhan batu karang (7)

4. Mengurangkan risiko Anemia (kurang darah merah)

Kekurangan zat besi biasa berlaku terutama bila kita tak dapat zat  besi yang cukup dari makanan yang kita makan. Lemon juga mengandungi zat besi, tapi ia membantu penyerapan zat besi dari sayuran yang kita makan (8).

5. Mengurangkan risiko kanser

Tabiat pemakanan yang banyak sayur dan buah-buahan boleh membantu mengelakkan penyakit kanser (9). Penyelidik juga mendapati bahawa kandungan D-limonene, yang terdapat dalam pati minyak lemon juga bersifat anti-kanser (10).

6. Memperbaik penghadaman

Lemon terdiri daripada 10% karbohidrat yang kebanyakannya fiber/serat mudah larut dan gula ringkas. Serat utama dalam lemon ialah pectin, sejenis serat mudah larut yang dikaitkan dengan banyak kebaikan untuk kesihatan. Serat mudah larut boleh memperbaik kesihatan usus serta mengurangkan kadar gula dalam darah (11).

Lemon The Skin Faculty

Bukan itu je…tapi baaaanyak lagi kegunaan dia…selain untuk cuci dalaman kita, boleh guna jugak jadi:

  • Pewangi baju - titikkan 2 ke 3 titik dalam mesin basuh masa basuh baju.
  • Deodarant semulajadi - calit je kat keti sebelum keluar rumah..hehe
  • Tumit pecah - sapu je kat tumit yang pecah tu setiap hari..setitik je diperlukan.
  • Pembersih - kalau ada baju kadang terlekat chewinggum ntah mana datang ntah kan, kalau dulu memang buang je terus sebab memang takleh tanggal, sekarang dah boleh dah guna lemon oil.

Nak cuba Lemon Essential oil ni, boleh picit je butang kat bawah ni…

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba dan happy sharing!

You may also like...