5 TABIAT PENYEBAB KULIT KUSAM | Xanzwhite Skincare

5 TABIAT PENYEBAB KULIT KUSAM

Jom Hilangkan Kulit Kusam

Jenuh la cuba macam-macam produk, elok-elok kulit tu takde la teruk sangat…jadi bertambah buruk sebab tersalah guna produk. Alhamdulillah jumpa Xanzwhite..kulit kusam jadi segar berseri. Tapi bukan itu saja tau, rupanya ada 5 tabiat yang biasa kita buat tapi kita tak tau pun yang benda tu la yang menyebabkan kulit kusam. So, jom baca so that boleh elakkan 5 tabiat yang jadi penyebab kulit kusam ni…:

1.Minum Air yang Salah

Kekurangan air sememangnya menyebabkan kulit bersisik dan tona tak sekata. Jadi, penting bagi kita untuk pastikan kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Mungkin fakta ni macam pelik tapi seriously, ada juga air yang bila kita minum, ia akan lebih buat badan kita dehydrated malah dengan lebih cepat. KOPI menyebabkan badan kita mengeluarkan air pada kadar yang lebih tinggi. Setiap gelas kopi patut digantikan dengan air pada kadar yang sama.

2. Terlalu lama terdedah pada Matahari

Menghabiskan terlalu lama masa di bawah matahari akan mengeringkan kulit walaupun kerap guna sunblock. Ia akan buat kulit nampak kusam dan mati. Kurangkan masa di bawah sinaran matahari dan pastikan gunakan sunblock.

3. Penggunaan Pembersih Make up

Walaupun pembersih make up berupaya membersihkan bahan make up dari wajah, kandungan alcohol di dalamnya juga boleh membuat kulit bertambah kering. Pastikan lepas guna pembersih make up, basuh muka dengan pembersih wajah dan gunakan krim pelembap atau serum malam sebelum tidur.

4. Tidur lambat dan Bangun Awal

Tidur sebenarnya membantu badan untuk rehat dan menjalankan proses membaik pulih atau repair di mana kulit juga akan diperbaiki masa kita tidur ni. Sel-sel juga diperbaharui dan membina semula sel-sel baru ketika tidur. Jadi, kalau badan tak dapat rehat yang secukupnya, ia menggunakan tenaga untuk kekal sedar. Cuba rutinkan tidur dan bangun pada waktu yang sama, kulit akan nampak lebih segar dan sihat.

5. Pemakanan tinggi karbo dan rendah sayuran

Memakan makanan yang diproses yang tinggi karbohidrat sememangnya mudah dan cepat tapi bergantung dengan ini daripada sayuran segar dan buah-buahan untuk nutrisi sangat lah tak bagus untuk kulit. Gula yang diproses daripada makanan ini akan terus ke kulit memberikan impak tona tak sekata dan kulit kusam.

Jom ubah kepada gaya hidup sihat. Semoga bermanfaat !

You may also like...